suria

Koleksi Raya Benang Hijau Inspirasi Musim Bunga & Luruh

Antara koleksi Benang Hijau lebaran 2016.

SEMPENA Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, butik pakaian Benang Hijau telah melancarkan sebanyak 20 koleksi pakaian dan tudung rekaan istimewa perayaan tahun 2016.

Selain itu, Benang Hijau turut melancarkan dua koleksi eksklusif iaitu Autumn Tree Dress dan Blossom Sakura Dress merupakan koleksi istimewa dengan inspirasi empat musim.


Pengasas Benang Hijau, Puan Fadzilah Mamat berkata, dua koleksi itu diperbuat daripada kain yang lembut dan sesuai untuk digayakan di majlis-majlis istimewa.

"Saya sukakan gaya yang sederhana dan boleh dibawa ke mana-mana acara, dan kali ini juga kita tampil dengan dua koleksi eksklusif iaitu Autumn Tree Dress dan Blossom Sakura Dress yang boleh digayakan di majlis istimewa.

"Saya juga mempunyai perancangan untuk menghasilkan koleksi untuk musim panas dan musim sejuk supaya Benang Hijau boleh dipasarkan ke luar negara," ujarnya.

Antara koleksi yang digayakan pada majlis koleksi Lebaran Benang Hijau ini ialah Marissa, Maia, Mikayla, Eriqa dan Orked Kebarung.



Sementara itu, menurut Puan Fadzilah, Benang Hijau mengeluarkan lebih 10,000 helai bagi baju dan 100,000 helai tudung sempena Hari Raya Aidilfitri.

"Seperti kebiasaan setiap kedatangan Hari Raya kami akan menyediakan stok yang cukup untuk pelanggan kami.

"Mereka boleh dapatkan baju dan tudung Benang Hijau di website rasmi www.benanghijau.com dan 18 cawangan Benang Hijau seluruh negara dengan harga yang berpatutan," ujarnya.

 

Pengasas Benang Hijau Puan Fadzilah (tiga dari kanan) bersama selebriti dan model.


Harga bagi tudung bermula RM19 hingga ke RM79, manakala baju bermula RM99 hingga RM249.

Sementara itu, Puan Fadzilah menyasarkan jualan Benang Hijau sempena Aidilfitri kali ini sebanyak RM4 juta daripada sasaran keseluruhan RM30 juta bagi tahun 2016


Benang Hijau, Lebaran, Baju Raya 2016

Artikel Lain