75 Rekaan Tudung Anzel Scarf & Jubah ATL Istimewa Aidilfitri

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 1:34 PM

Anzalna Nasir bersama Datul Aliff Syukri melancarkan koleksi tudung dan jubah mereka sempena Aidilfitri. Foto THE STAR - LOW LAY PHON

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kepesatan perniagaan secara atas talian terutamanya hijab membuatkan pelakon Anzalna Nasir memberanikan diri untuk menceburi bidang perniagaan hijab. 

Selain ingin memberi ruang kepada pengikut dan peminatnya untuk berniaga, Anzalna juga menganggap idea ini dapat memberikan kesempatan buat dirinya untuk berhijab satu hari nanti.

Kekuatan strategi pemasaran Anzel Scarf dapat dilihat apabila jenama ini menggabungkan dua ikon terkemuka negara Anzalna Nasir dan Dato Aliff Syukri, jutawan kosmetik negara. 

Datuk Alif Syukri dan Anzalna Nasir teraju utama ATL dan Anzel Scarf


Ini memberi peluang yang cerah kepada para pengedar Anzel Scarf bagi mendapat latihan secara percuma dan eksklusif daripada Dato Aliff Syukri dan seterusnya meningkatkan jumlah jualan.


Pada koleksi inspirasi raya 2016 ini, Anzel Scarf tampil dengan dua rekaan iaitu plain dan bercorak dengan perincian kristal dengan sebanyak 75 rekaan. 

Buat masa ini Anzel Scarf mempunyai tujuh master stokis di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan. 

 

Sementara itu, majlis turut menampilkan jenama baju Abang Terlajak Laris (ATL) pula dengan koleksi terbaharu jubah dan kurta kasual sempena hari raya Aidilfitri akan datang. 

Jubah ATL mempunyai tiga rekaan menggunakan cotton viscose, manakala Kurta mempunyai dua rekaan iaitu polos dan batik bercirikan Islamik moden(motif arabesque).
 
Menurut pengasasnya, Dato Aliff Syukri Kamarzaman, Jubah ATL menggunakan kain berkualiti tinggi dan sejuk sesuai untuk dipakai mengikut cuaca di negara ini, manakala kurta batik ATL pula menggunakan kaedah batik tumpat. 




Selain itu, ATL turut memperkenalkan jubah untuk wanita dan kanak-kanak perempuan yang menampilkan rekaan polos dengan perincian swaroski. 

Tidak ketinggalan juga, ATL menampilkan baju kurung model sedondon ibu dan anak yang menggunakan corak abstrak. 

Majlis ini turut memperkenalkan jubah Kurta Zukiee yang merupakan inspirasi daripada selebriti media sosial terkenal Zukiee. Jubah itu juga menggunakan kain berkualiti tinggi dan sejuk dipakai.



 
Menurut Zukiee, dia mendapat ilham apabila ramai anak muda yang gemar memakai fesyen tersebut yang lebih ringgas dan mudah untuk dipakai di mana-mana majlis.
 
Kurta Zukiee menawarkan tiga rekaan dengan enam warna berbeza semestinya menarik perhatian golongan muda untuk menggayakannya. 

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan