X Close

Erin Malek Tak Malu Pakai Baju Murah

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 12:01 AM

Erin Malek

(Ubah saiz teks)

WOW! Jarang kita lihat Erin Malek berpakaian sederhana tetapi cukup elegan untuk sesebuah acara pelancaran filem.

Baru-baru ini, pada pelancaran filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya? Di TGV Sunway Piramid,  Erin tampil dengan gaun sederhana pendek tanpa lengan beserta rantai. Cukup stail dan sempurna buat si cantik ini. Orang kata 'less is more'.

Kata Erin, 21, dia membeli gaun jenama Dorothy Perkins itu pada hari pelancaran filem tersebut. Pada saat-saat akhir rupa-rupanya! Mujurlah dia sempat hendak bersiap.

Erin Malek menggayakan pakaian yang dibelinya dengan harga RM250.


"Maklumlah saya sibuk dengan  penggambaran sehingga tidak sempat nak membeli baju lebih awal.

"Jadi, sebelum majlis bermula, saya kelam kabut mencari gaun yang sesuai dan terdapat dua jenis gaun yang membuatkan saya buntu mahu memilih. Satu harga kira-kira RM700 dan yang ini (gaun biru) hanya RM250.

"Bila fikir balik saya bukannya boleh pakai berulang kali, maka saya pilih gaun yang lebuh murah. Siap dapat percuma rantai lagi," katanya.



Tambah Erin, memandangkan dia seorang yang lasak, dia juga akan memastikan gaun tersebut memudahkan pergerakannya.

Dalam pada itu, Erin berkata, dia lebih selesa melepaskan rambutnya yang panjang agar dapat menutup pipinya yang tembam.

Ish! Mana ada pipi tembam? Erin dah cukup stail dan sempurna pada malam itu! Iye tak?
Tags / Kata Kunci: Erin Malek

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan