suria

Mahu rumah selesa, tapi ramai abaikan kebersihan terutama 6 perkara ini

Rumah yang selerak bukan sahaja menyesakkan tetapi boleh memberi kesan kepada kesihatan anda.

KEDIAMAN yang bersih bukan sahaja dapat membuatkan penghuninya berasa nyaman dan selesa selepas seharian sibuk dengan urusan di luar tetapi masih mampu menjaga kesihatan seseorang.

Tapi yang tak bestnya, masih ramai yang mengabaikan kebersihan rumah malah ada yang setahun sekali sental bilik air atau cuci cadar!

ARTIKEL BERKAITAN: 5 perkara ini boleh 'menghangatkan' kembali suasana bilik tidur anda

Tanpa disedari sikap pemalas mengemas rumah itu lama-lama akan memakan diri sendiri dan kebiasaannya masih ramai mengabaikan atau memandang ringan tentang beberapa perkara ini.

1. Rumah lembap

Keadaan rumah lembap sebenarnya normal hasil daripada aktiviti mandi, memasak bahkan bernafas namun jangan biarkan tahap kelembapan di dalam kediaman anda terlalu tinggi.

Ini kerana kuman dan bakteria cukup suka dengan kelembapan dan jika dibiarkan boleh menyebabkan masalah pernafasan, kegatalan, jangkitan pada mata dan kulit.

Pengudaraan yang baik dalam bilik air memberikan kesegaran pada ruang itu. 

2. Pengudaraan bilik mandi

Ramai sebenarnya tidak mengambil berat tentang sistem pengudaraan di dalam bilik air dan biasanya tingkap di ruang itu sangat kecil.

Sebaik-baiknya pastikan tingkap yang dipasang cukup besar atau memasang sistem pengalihan udara bagi mengelakkan cat dinding cepat rosak selain percambahan bakteria yang berbau busuk.

Gunakan kain basuh untuk mengelap habuk.

3. Jarang bersihkan debu

Siapa yang suka membersihkan debu dan habuk? Tetapi suka atau tidak ia perlu dibersihkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Kalau nak lebih mudah, gunakan kain basah untuk mengelap agar debu dan habuk tidak berterbangan. Senang bukan?

4. Saluran paip tersumbat

Ini memang biasa berlaku! Kalau basuh pinggan memang cukup malas asingkan sampah dan sumbat semua dalam sinki yang akhirnya membuatkan saluran tersumbat.

Bagi wanita pula, rambut yang gugur di lantai ketika mandi memang jarang dikutip dan biarkan ia mengalir dalam paip. Kesannya? Bukan sahaja tersumbat dan air bertakung tapi ia boleh menyebabkan air meresap ke dalam dinding jika berlaku kebocoran.

Apa kata selepas ini rajin-rajinkan diri kutip sampah daripada biar ia tersumbat dalam sinki okay?

Barang yang banyak boleh menyebabkan ruang bertambah sesak. 

5. Terlalu banyak barang

Barang yang terlalu banyak di dalam rumah boleh menyebabkan rasa sesak selain kekotoran mudah 'bersembunyi' termasuklah pengaliran udara tidak baik.

Cuba kurangkan barang-barang dalam rumah, ada yang dah tidak guna sebaiknya dibuang atau kitar semula.

Jika membela kucing kebersihan mereka juga perlu diberikan perhatian.

6. Haiwan peliharaan

Sudahlah malas mengemas rumah, ada hati nak bela kucing. Itu belum lagi biarkan kucing tidak berjaga termasuk membersihkan najis dan membiarkan mereka tidur di dalam bilik.

Kucing tidak bersalah - sebaiknya sebagai penjaga perlu menitikberatkan kedua-dua perkara itu agar ia memberi kesan positif kepada kehidupan seharian anda dan bukannya menambahkan tekanan.

Kediaman, Rumah, Kebersihan, Tip

Artikel Lain