suria

Jun Hoong Tuai Emas

KUALA LUMPUR: Juara dunia Cheong Jun Hoong menghadiahkan pingat emas acara 1m papan anjal wanita temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, di sini Ahad.

Penerjun berusia 27 tahun itu memukau juri dengan terjunannya yang menarik untuk mengumpul 268.55 mata untuk berada di kedudukan teratas.

Anak kelahiran Perak ini mencatatkan mata 5.20, 49.45, 45.60, 55.90 dan 62.40 dalam lima pusingan.

Sementara itu, penerjun kebangsaan Jasmine Lai Pui Yee yang menggantikan Nur Dhabitah Sabri di saat akhir, merangkul pingat perak selepas mengumpulkan 233.00 mata.

Penerjun Vietnam, Ngo Phuong Mai mengumpul 207.80 mata untuk gangsa. - BERNAMA

Kl2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain