Malaysia Dominasi Beregu Campuran Skuasy Hanya Dua Minggu Latihan

Diterbitkan: Khamis, 24 Ogos 2017 12:59 PM

Pemain Skuasy Negara, Sanjay Singh Chal (kiri) dan Sivasangari a/p Subramaniam memenangi pingat emas selepas menumpaskan rakan senegara Ryan Neville Pasqual dan Andrea Lee Jia Qi pada perlawanan akhir Skuasy Beregu Campuran pada Khamis. - Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun hanya menjalani latihan selama dua minggu, skuad skuasy negara mampu mendominasi acara beregu campuran selepas membolot pingat emas dan perak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Pingat emas ketiga bagi kem skuasy dihadiahkan beregu pilihan pertama kejohanan, Sanjay Singh Chal-S. Sivasangari yang menundukkan rakan senegara Ryan Neville Pasqual-Andrea Lee Jia Qi, 11-9 11-10 di Pusat Skuasy Nasional pada Khamis.

Perlawanan terhenti seketika pada skor 5-2 apabila raket Sanjay secara tidak sengaja terkena lutut Ryan Neville namun diteruskan sehingga habis set pertama.  Sanjay, 23, berkata corak permainan mereka agak sama namun kemenangan pastinya akan berpihak kepada taktik siapa yang lebih bagus.

"Final tadi menyerupai latihan yang pada kebiasaannya berakhir dengan keputusan sengit. Kami berlatih bersama setiap hari jadi masing-masing sudah tahu macam mana saingan cuma hari ini (Khamis) kami beraksi lebih baik daripada mereka,” katanya.

"Sebenarnya tiada tekanan bila kami dapat tahu yang kami akan berlawan sama sendiri pada final," katanya yang berharap dapat beraksi dengan cemerlang di Sukan Komanwel nanti.

Pingat gangsa acara itu dikongsi beregu Filipina diwakili Robert Andrew Garcia-Jemyca Aribado dan pasangan Singapura, Pang Ka Hoe-Mao Shihui.

Ditanya mengenai keserasian mereka di gelanggang, Sivasangari berkata walaupun baru digandingkan namun beliau dan pasangannya mampu beraksi dengan baik.

Katanya, ini menjurus kepada kilauan emas pertamanya di KL2017 sekali gus menambah keyakinan untuk acara perseorangan wanita.

"Saya jangka acara perseorangan nanti tidak mudah … saya mungkin terima saingan sengit daripada Rachel Arnold dan Jemyca Aribado dari Filipina," katanya yang tidak mahu terlalu yakin dan meletakkan tekanan untuk meraih kilauan emas. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA KL 2017

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan