Sakit Belakang Tak Halang Harrif Genggam Emas

Diterbitkan: Isnin, 21 Ogos 2017 3:51 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Melawan kesakitan akibat keretakan pinggang yang dialami pelumba elit negara Mohd Harrif Saleh, tiga minggu sebelum Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) berlangsung, nyata berbaloi apabila beliau berjaya mempertahankan emas dalam acara Kriterium Lelaki di Dataran Putrajaya di sini, Isnin.

Pada awalnya, beliau turut runsing mengenai peluangnya untuk menyertai KL2017, dan keputusan itu bergantung kepada Institut Sukan Negara (ISN) sama ada boleh membenarkannya untuk berlumba.

“Saya berterima kasih kepada ISN kerana banyak membantu saya dan mula-mula saya bimbang juga dengan keadaan saya sebab mereka (ISN) tak berani nak lepaskan saya berlumba tapi semangat saya kuat, sebab nak buat yang terbaik selaku tuan rumah, jadi saya cuba lawan benda ni.

"Sakit tu memang ada lagi tapi saya rasa nak hadiahkan sesuatu kepada Malaysia dan dalam masa yang sama, saya pun nak pertahankan emas saya di Singapura (pada 2015) dan alhamdulillah, hari ini saya pertahankan emas,” katanya kepada pemberita selepas acara penerimaan pingat di sini.

Pingat acara Kriterium Lelaki dikalungkan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang hadir menyaksikan acara berkenaan, manakala Kriterium Wanita oleh Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Wahab.

Pada edisi ke-28 di Singapura, dua tahun lalu, Mohd Harrif merangkul emas acara yang sama selain meraih satu lagi emas dalam acara Lepas Beramai-Ramai Individu.

Dalam pada itu, beliau yang merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut berkata kemenangannya pada Isnin turut manis apabila abangnya Mohd Zamri Saleh yang juga anggota TLDM, Lumut meraih gangsa acara yang sama.

"Sebelum ini kami tidak pernah menang bersama, dan ini kali pertama. Saya rasa kemenangan ini tidak ternilai,” katanya sambil menegaskan bebannya untuk menghadiahkan emas buat negara dalam acara kegemarannya Kriterium berkurangan selepas meraih pingat.

Bagi Mohd Zamri, beliau berterima kasih kepada TLDM kerana memberi pelepasan kepadanya untuk menyertai kem negara bagi temasya dwitahunan itu.

"Pertandingan hari ini saya rasa tidak mudah untuk kami dapatkan emas tapi berkat doa seluruh rakyat Malaysia, kami berjaya meraih pingat emas dan gangsa.

Pada 24 Ogos ini, kami ada satu lagi acara lebuh raya di Nilai dan kami akan mempertahankan apa yang kami menangi di Singapura dua tahun dulu,” katanya.

Pemenang pingat perak Kriterium Wanita Ju Pha Som Net pula berkata beliau berbangga dengan pencapaiannya kali ini berbanding gangsa di Singapura.

"Rakan pasukan memainkan peranan penting dan saya berterima kasih kepada Nur Aisyah Mohamad Zubir kerana membantu saya memenangi pingat,” katanya.

Pada Isnin, Malaysia meraih tiga pingat iaitu emas, perak dan gangsa dalam acara Kriterium Lelaki dan Wanita. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Harrif Salleh , KL2017

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan