Sukan SEA: Pasukan Gimrama Idam Enam Emas

Diterbitkan: Rabu, 31 Mei 2017 2:37 PM

Dr Farrah-Hani (dua kanan) bersama jurulatih Alisa, dan atlet gimrana negara, Amy Kuan (kiri) dan Shak Yuki (kanan.Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan gimrama negara mensasarkan enam pingat pada temasya Sukan SEA 2017, Ogos ini.

Menurut pengurus pasukan Dr Farrah-Hani Imran, sebanyak lapan pingat emas yang akan dipertandingkan dalam dua kategori.

"Kategori individu enam pingat emas dipertandingkan, manakala bagi acara latihan berkumpulan dua emas.

"Daripada lapan pingat emas itu, kami berharap dapat mengutip enam pingat emas keseluruhan pada pertandingan yang mula berlangsung pada 26-28 Ogos ini di Kuala Lumpur.

"Jurulatih negara Alisa Ajimirova amat memandang serius dan memberi fokus dalam persiapan setiap atlet dan cuba melakukan yang terbaik dari kami.

"Kerana dalam sukan gimnastik apa sahaja boleh berlaku. Sebarang kesilapan kecil boleh mengurangkan mata peserta," jelas bekas juara gimrama negara pada tahun 1990-an itu.

Dr Farrah-Hani memberitahu, bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar, skuadnya telah mendapat bantuan daripada dua orang jurulatih seni dari luar negara.

"Dua 'koreographer' dari Jepun dan Rusia telah bersama kami bagi memantapkan lagi persiapan semua gimnas negara.

"Kita juga akan melakukan pemilihan akhir pada hujung Jun ini. Bagi kategori individu, seramai empat atau lima atlet kita akan dipilih daripada lapan orang, manakala bagi latihan berkumpulan pula adalah enam atlet.

"Buat masa sekarang sebahagian daripada atlet berada di Sepanyol bagi menyertai kejohanan di sana sebelum ke Berlin dan Kazakhstan.

"Dan selepas semua kejohanan itu tamat, skuad akan memberi fokus kepada latihan akhir Sukan SEA," tambahnya.

Dr Farrah-Hani yang kini bertugas sebagai Ketua Pakar Bedah Plastik di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) memberitahu, dua pencabar terdekat perlu diberi perhatian dalam perebutan meraih pingat emas.

"Pasukan Thailand dan Singapura merupakan saingan utama, tetapi kita perlu berhati-hari dengan Vietnam yang prestasinya semakin baik.

"Bagaimanapun kita sebagai tuan rumah akan cuba lakukan yang terbaik," katanya.

Sebagai rekod,  acara gimnastik berjaya membawa balik  dua pingat emas dari Singapura dua tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA 2017

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan