Sukan SEA: MSN Bukit Jalil Gelanggang Rasmi Memanah

Diterbitkan: Selasa, 23 Mei 2017 2:21 PM

Atlet memanah negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil menjadi venue atau gelanggang terbaru yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bagi acara memanah pada Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur pada 19 hingga 30 Ogos.

Dataran Merdeka sebelum ini disenaraikan sebagai gelanggang memanah yang akan mempertandingkan sebanyak 10 kategori antaranya recurve individu lelaki dan wanita, recurve berpasukan lelaki dan wanita dan compound berpasukan lelaki dan wanita.

"Sebenarnya hasrat saya inginkan acara tersebut diadakan di Dataran Merdeka tapi kerana ia bertembung Hari Kebangsaan, jadi ia tidak dapat dielakkan."...kerana Dataran Merdeka akan digunakan untuk sambutan Hari Kebangsaan.Jadi tak cukup masa untuk kita siapkan venue itu untuk acara memanah. Kita ambil keputusan untuk adakan acara memanah di MSN Bukit Jalil," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangan penajaan Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para Asean ke-9 Kuala Lumpur (KL2017) bersama syarikat perkhidmatan kenderaan Grab sebagai rakan penaja kategori emas.

Dalam pada itu, Khairy berkata komitmen Grab selain daripada penajaan adalah mempromosi KL2017 dalam menjayakannya sebagai temasya hijau dengan usaha mengurangkan pembebasan gas karbon monoksida.

"Beberapa aktiviti yang kita akan jalankan bersama Grab antaranya 'free ride' bagi sukarelawan, pegawai dan atlet, akan dimuktamatkan nanti.

"Kita akan sediakan perkhidmatan 'buggy grab' di venue tertentu bagi membantu warga emas dan orang kelainan upaya yang mempunyai masalah pengangkutan untuk membawa mereka ke venue pertandingan," katanya.

Sementara itu, Khairy juga mengesahkan setakat hari ini termasuk dengan penajaan Grab, nilai tajaan (tunai dan perkhidmatan) sudah mencapai 98 peratus daripada sasaran RM80 juta keseluruhan.

"Ada dua peratus lagi dan kita mempunyai beberapa perjanjian yang belum kita umumkan lagi. Hakikatnya kita akan mendapat lebih dari 100 peratus lagi secara tunai dan perkhidmatan," kata Khairy dan beliau yakin Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA (MASOC) mampu mencapai sasaran itu.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Sukan Sea , memanah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan