Jumpa Slovakia, Rooney Mungkin Duduk Di Bangku Simpanan

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 7:50 AM

Wayne Rooney.

(Ubah saiz teks)

BINTANG England, Wayne Rooney mungkin bermula dari bangku simpanan ketika England menentang Slovakia pada aksi terakhir peringkat Kumpulan B Euro 2016, awal pagi Isnin.

Menurut laporan ESPNFCASIA, Pengurus England Roy Hodgson akan melakukan enam pertukaran terhadap skuad utama The Three Lions yang beraksi menentang Wales pada Khamis lalu di Lens.

Bintang Manchester United itu akan direhatkan manakala tempatnya akan diambil kapten Liverpool, Jordan Henderson manakala Jack Wilshere akan mengambil alih posisi Dele Alli.

Pemain pertahanan Kyle Walker dan Danny Rose juga akan diletakkan di bangku simpanan dan posisi mereka masing-masing akan diisi Nathaniel Clyne dan Ryan Bertrand.

Sementara itu, Jamie Vardy dan Daniel Sturridge juga akan menggantikan Harry Kane dan Raheem Sterling selepas kedua-dua pemain itu menjaringkan gol selepas diturunkan dari bangku simpanan Khamis lalu.

Kemenangan di Slovakia di St.Etienne akan menjamin tiket buat England untuk mara selepas muncul pendahulu Kumpulan B.

Meskipun spekulasi mengenai dakwaan pertukaran pemain itu sudah tersebar,  Hodgson tidak mendedahkan pemain kesebelasan utama England yang akan diturunkan menentang Slovakia pada sidang media Ahad.

"Ia tidak menjadi masalah jika saya mahu mengekalkan pasukan sama tetapi terdapat pemain yang ingin beraksi dan mengetuk pintu untuk beraksi," kata Hodgson.


Tags / Kata Kunci: Wayne Rooney , bangku simpanan , England

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan