Kami Layak Kutip Tiga Mata Ke Atas Rusia - Rooney

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2016 10:47 PM

(Ubah saiz teks)

KAPTEN England, Wayne Rooney mempertahankan prestasi pasukannya selepas hanya mencatat seri 1-1 pada aksi pembukaan Euro peringkat kumpulan bertemu Rusia awal pagi Ahad.

“Kami bermain baik dan mempunyai banyak peluang gol, tetapi tidak menggunakannya.

“Kami mendahului 1-0 namun gol penyamaan pada minit terakhir amat mengecewakan kerana gagal meraih kemenangan.

“Pun begitu banyak perkara yang positif ditunjukkan, pengawalan bola, mencipta peluang dan mengekalkan momentum dalam tempoh 90 minit.

“Dan kami sebenarnya layak meraih tiga mata penuh berdasarkan aksi yang dipamerkan,” jelas Rooney.

Malah Rooney mengakui pasukannya telah berbincang mengenai Vasili Berezutski yang amat berbahaya, namun gagal menyekatnya.

“Kami sedar jika Rusia menjaringkan gol, ia adalah berpunca daripadanya.

“Dia amat berpengalaman dan akan cuba menggunakan tandukan untuk mencari kemenangan dalam masa-masa tertentu.

“Malang sekali, dia berada dalam posisi yang berbahaya buat kami dan mereka mendapat gol daripadanya,” tambah penyerang Manchester United ini.

Tags / Kata Kunci: Euro2016 , Wayne Rooney

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan