suria

Zidane Akui Kekurangan Penyerang

Kylian Mbappe

PENGURUS Real Madrid mengakui kekurangan penyerang selepas Alvaro Morata berpindah ke Chelsea.

Bagaimana pun Zinedine Zidane dijangka akan menemui pengganti pemain antarabangsa Sepanyol itu dengan Kylian Mbappe.

Bintang Monaco berusia 18 tahun tersebut merekodkan 24 jaringan, sekaligus membantu kelab menjulang trofi Ligue 1 selepas 17 tahun.

Sekiranya kedua-dua kelab bersetuju, dijangka nilai perpindahan yang mencecah 100 juta pound bakal menjadi rekod dunia.

"Kami mempunyai beberapa pemain bagus yang sudah meninggalkan kelab, tetapi beberapa pemain muda dijangka akan masuk.

"Kami sentiasa mencuba untuk meningkatkan prestasi skuad.

"Alvaro sudah tiada di sini yang menjadikan kami kekurangan penyerang. Kami nampak apa yang dia lakukan musim lalu. Dia bermain dengan baik dan banyak menyumbang kepada pasukan.

Zidane dan Ronaldo (kanan).

"Itulah yang kami mahu. Dan kita akan lihat apa yang kami lakukan selepas ini," jelas Zidane.

Dalam pada itu, Zidane turut menjelaskan laporan-laporan mengenai Cristiano Ronaldo.

"Banyak laporan mengatakan Cristiano ingin pergi dari sini. Tetapi saya percaya hanya satu perkara.

"Apabila kami berbincang, dia sangat tenang. Kini dia sedang bercuti dan akan kembali ke kelab pada 5 Ogos ini.

"Apa yang saya dengar, seperti pemain-pemain lain tetapi saya hanya bimbang satu perkara sahaja iaitu apa yang ingin lakukan di Real Madrid.

"Dan saya yakin dia akan berada di sini untuk tempoh dua atau tiga tahun lagi," katanya.

Real Madrid, Zinedine Zidane

Artikel Lain