suria

Permohonan Chelsea Dapatkan Alvaro Morata Ditolak

USAHA Chelsea untuk mendapatkan Alvaro Morata telah ditolak apabila Real Madrid menuntut sebanyak £64 juta untuk penyerang Sepanyol itu.

Morata akan kembali menyertai Real secara rasmi pada akhir bulan ini dengan penebusan kontrak dari Juventus bernilai £26 juta.

Ejennya, Estadio Santiago berkata, Chelsea telah membuat permohonan terbuka untuk mendapatkan Morata, manakala Arsenal dan Manchester United turut menunjukkan minat.

Berikutan itu, jika Chelsea ingin memastikan Morata berada di Stamford Bridge, kelab berkenaan perlu membayar sebanyak £64 juta kepada Real.

Selain itu, Chelsea dilapor sedang meneruskan perbincangan bagi mendapatkan pertahanan tengah Napoli, Kalidou Koulibaly.

Pilihan lain Chelsea untuk memantapkan skuadnya ialah Antonio Candreva yang telah meminta untuk meninggalkan Lazio.

Chelsea

Artikel Berikut

Pele Temui Cinta Sejati

Artikel Lain