suria

Jose Mourinho Dapat Gelaran Baru Di Manchester United

JURULATIH Manchester United, Jose Mourinho diberi gelaran baru di Kompleks Latihan AON iaitu Mr Meticulous (En. Teliti) lapor Sunday People.

Gelaran itu diberikan selepas seminggu bekas jurulatih Chelsea tersebut memulakan tugas di Carrington.

Mr Meticulous itu dikatakan gelaran terbaik untuk Mourinho selepas dia menghapuskan perubahan yang dibuat Louis Van Gaal di kompleks latihan berkenaan.

Tindakan paling ketara yang dibuat Mourinho ialah membuang semua kamera di keliling padang latihan yang dipasang oleh Van Gaal untuk memantau pemain.

Kamera itu dipasang atas permintaan Van Gaal dan pegawainya, namun tidak disukai oleh pemain kerana dianggap sebagai pengintip dan pencerobohan di padang latihan.

Malah pemain turut menganggap Van Gaal cuba memaksa mereka mematuhi falsafah yang dibawanya.

Rakaman kamera di padang sering digunakan Van Gaal dan penolongnya untuk mesyuarat pasukan dan ia membuatkan pemain berasa bosan kerana tidak mendatangkan faedah.

Bagaimanapun Mourinho menyifatkan kamera itu tidak penting untuk memantau pemain kerana matanya mampu melihat aksi mereka.

Tindakan Mourinho juga telah mendapat rekasi baik daripada pemain untuk mereka memulakan latihan pramusim tidak lama lagi.

Malah, paling disukai pemain ialah bekas jurulatih Real Madrid, Inter Milan dan Porto itu tidak suka pendekatan mengadakan kelas untuk mendidik pemain.



Manchester United

Artikel Lain