suria

Pemain Perancis Disajikan Makanan Halal

JURULATIH Perancis, Didier Deschamps mengesahkan pemain negara itu yang beragama Islam disediakan makanan halal termasuk daging.

Penyediaan makanan halal itu bukan sahaja menjadi tuntutan Perancis tetap Turki, Albania, Jerman dan Belgium.

Deschamps berkata, Euro kali ini agak mencabar kerana ia berlangsung dalam bulan yang menuntut penganut Islam berpuasa.

Bagaimanapun pemain-pemain beragama Islam yang beraksi dalam saingan Euro memilih untuk menggantikan puasa selepas ini.

Antara pemain penting Perancis yang memilih untuk menggantikan puasanya ialah Paul Pogba.

Ramadan, Perancis, Euro

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain