suria

Barcelona Buat Tawaran Baru £35 Juta Untuk Fabregas

BARCELONA: Kelab Catalan, Barcelona telah mengemukakan tawaran baru kepada Arsenal bernilai £35 juta untuk mendapatkan khidmat Cesc Fábregas.

Juara Sepanyol dan Eropah itu sebelum ini telah menawarkan £27 juta untuk Fabregas, 24, tetapi ditolak mentah-mentah oleh Arsenal.

Kini dengan tawaran baru yang lebih lumayan di tangan, Arsenal berada dalam kedudukan yang terdesak untuk menjual kapten mereka itu.

Fabregas adalah bekas pemain remaja Barcelona sebelum berpindah ke Arsenal.

Arsenal juga sedang berada dalam kedudukan yang tersepit berhubung kedudukan pemain sayap berbakat Samir Nasri yang kontraknya kini hanya tinggal setahun sahaja lagi dan enggan menandatangani kontrak baru.

Jika Nasri meninggalkan Arsenal tanpa menandatangani kontrak baru, kelab tersebut tidak akan menerima apa-apa bayaran perpindahan kerana status pemain itu sebagai pemain bebas.

Dan ini akan dilihat sebagai satu kerugian besar yang tidak akan dapat ditanggung oleh Arsenal.

Artikel Berikut

Artikel Lain