Kes Atlet Elak Ujian Anti-Doping Dibincang Dalam Mesyuarat KOAM - Shahidan

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Segala masalah dalaman termasuk isu enam atletnya mengelak daripada menjalani ujian anti-doping pada Isnin lepas akan dibincangkan dalam mesyuarat ahli majlis Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) pada minggu depan, kata presidennya Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau yang mendakwa mempunyai maklumat terperinci dan tidak mahu menyalahkan pegawai-pegawainya berhubung insiden berkenaan berkata: "Terpulanglah jika Majlis Sukan Negara (MSN) mahu mengambil tindakan terhadap pegawai dan atlet terbabit.

"Banyak pihak menuduh ketua jurulatih skuad olahraga Harun Rasheed menghilang diri selepas insiden tersebut tetapi Harun sebenarnya sibuk menguruskan perkahwinan anak lelakinya semalam.

"Saya jangka dia akan menyiapkan laporan dalam minggu ini sebelum dibentang dalam mesyuarat majlis Koam," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Enam pelari pecut kebangsaan - lima wanita dan seorang lelaki - menghilang diri daripada pemeriksaan perubatan ketika diminta menjalani ujian anti-doping di Institut Sukan Negara (ISN), Isnin lepas.

Turut menghilang diri dan tidak dapat dikesan ialah Harun sendiri.

Tiga daripada atlet tersebut bagaimanapun "menyerah diri" dan bertemu Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong pada Selasa sementara tiga lagi dilaporkan berlepas ke Bulgaria pada Khamis.

Kesemua mereka sebenarnya sepatutnya dihantar oleh MSN ke Bulgaria pada Sabtu bagi mengikuti latihan dan mengambil bahagian dalam beberapa siri latihan di Eropah.

Shahidan berkata insiden tersebut menyebabkan atlet-atlet tersebut terpaksa menanggung sebarang hukuman daripada MSN seperti tidak dibenarkan berlatih dan bertanding di luar negara.

"Ini satu kerugian kepada negara dan KOAM sendiri kerana pelari-pelari pecut wanita tersebut adalah potensi emas dari Sukan SEA di Indonesia pada November ini.

"Jika tiada peruntukan daripada MSN, saya sendiri akan mengeluarkan duit poket sendiri untuk menghantar atlet olahraga ke luar negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan