De Gea Nafi Ikat Kontrak Dengan United - Sukan | mStar

De Gea Nafi Ikat Kontrak Dengan United

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

De Gea menafikan telah mengikat kontrak bersama United.
De Gea menafikan telah mengikat kontrak bersama United.

PENJAGA gol Atletico Madrid, David de Gea menafikan telah mengikat kontrak dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United.

Sebelum ini pemain berumur 21 tahun itu dilaporkan telah menandatangani perjanjian bersama United selepas pengurus pasukan itu, Sir Alex Ferguson mengeluarkan kenyataan bahawa kelab bakal membawa De Gea ke Old Trafford tidak lama lagi.

Namun De Gea mempertikaikan kenyataan itu melalui peguamnya.

“Saya di sini mengesahkan maklumat mengenai perpindahan De Gea ke Manchester United adalah tidak benar, dan dia masih lagi bersama kelab Atletico Madrid,” ujar Jose Bouzas Aragon dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, De Gea dijangka akan meneruskan aksinya bersama Atletico, namun belum ada keputusan rasmi sehingga komitmennya bersama pasukan Bawah 21 Sepanyol berakhir pada 30 Jun ini.

Laporan media sebelum ini mengatakan De Gea bakal menggantikan penjaga gol utama Man United, Edwin van de Sar yang akan bersara selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara (CL) menentang Barcelona awal pagi Ahad ini.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan