Kaka Masih Setia Bersama Real Madrid

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MADRID: Kaka tidak berhasrat untuk meninggalkan Real Madrid pada musim panas ini walaupun dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dalam kenyataan media baru-baru ini, Kaka dilaporkan sudah bersedia untuk menyertai bekas jurulatihnya, Carlo Ancelotti di Chelsea.

Ibunya telah berhijrah ke London tetapi Kaka tidak merancang untuk mengikutnya.

"Saya mahu kekal di sini dan beraksi bersama Real Madrid. Ibu saya akan berpindah ke London tahun depan. Namun saya masih ada misi yang belum diselesaikan bersama Real.

"Saya tiada masa untuk merancang berpindah ke England atau kembali ke Itali. Saya mahu memulihkan tahap kecergasan bagi membantu Real musim depan," tegasnya.

Walaupun Kaka mempunyai hubungan rapat dengan Carlo, bintang Itali itu tetap mempertahankan pendiriannya untuk memperkukuhkan cengkaman Real musim depan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan