Kelantan Kuasai Takhta Liga Super Dengan Kelebihan Jaringan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelantan menguasai persada Liga Super dengan kelebihan jaringan apabila menewaskan Kedah 2-0 pada perlawanan liga di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Baharu, malam Jumaat.

Kelantan hanya bangkit pada babak kedua untuk mencari gol kemenangan menerusi bekas pemain kebangsaan, Mohd Khalid Jamlus pada minit ke-54 dan S. Chanturu pada minit ke-66.

Kejayaan Kelantan di bawah bimbingan Datuk M. Karathu itu membolehkan pasukan itu mengumpul 39 mata, sama dengan pencabar terdekat Selangor.

Di Stadium Shah Alam, Selangor dipaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Johor FC 3-2.

Gol Red Giants masing-masing dijaringkan oleh Rudie Ramli pada minit ke-64, Mohd Amri Yahyah (min-69) dan Azidan Sarudin (min-77) sementara gol pelawat dijaringkan oleh Shahrizal Mohd Saad (min-22) dan Mohammad Khairul Ismail (min-79).

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan tuan rumah Terengganu hanya ketinggalan satu mata di belakang Kelantan dan Selangor, apabila menewaskan Kuala Lumpur 4-0.

Abd Manaf Mamat menghasilkan dua gol pada minit ke-52 dan 75 sementara satu gol masing-masing dijaringkan oleh Abdul Hadi Yahya (min-18) dan Helmi Remeli (min-70) bagi membantu Terengganu kekal di tangga ketiga liga.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Felda United menewaskan Harimau Muda A 2-0 dan begitu juga dengan Sabah yang tidak mensia-siakan bermain di tempat sendiri apabila menewaskan Negeri Sembilan 2-0 pada aksi di Stadium Likas.

Di Stadium Utama Negeri, Kangar, tuan rumah, Perlis memperoleh kemenangan keduanya dalam saingan liga apabila menang tipis 2-1 ke atas pasukan kelab dari Terengganu T-Team.

Di Stadium Perak, Ipoh, Perak gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila sekadar terikat seri tanpa jaringan bersama Pahang.

Sementara itu, pada perlawanan Liga Perdana, peluang Sarawak untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga, PKNS Selangor, tidak kesampaian apabila seri 1-1 dengan Sime Darby di Stadium Majlis Bandaraya Petaling (MBPJ), Kelana Jaya.

Keputusan itu menyaksikan skuad anak didik Mohamad Zaki Ahmad mengutip satu mata untuk mengumpul 33 mata untuk berada di tangga kedua liga di belakang pendahulu liga, PKNS Selangor yang berkelebihan enam mata.

Sime Darby terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Faizal Esahar pada minit ke-39 sebelum Sarawak menyamakan jaringan oleh Bobby Gonzales pada minit ke-52.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meratah pasukan tercorot liga, Pulau Pinang dengan keputusan 5-0.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, tuan rumah Majlis Perbandaran (MP) Muar menang tipis 1-0 ke atas Harimau Muda B.

Di Stadium Batu Kawan, Pos Malaysia juga rakus membenam cabaran pasukan tuan rumah dari kelab Pulau Pinang SDM Navy dengan keputusan 5-0.

Di Stadium Olahraga USM, pasukan USM FC mengatasi Johor 2-1. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan