suria

Najib Lancar Laman Sesawang Program Rakan Industri Sukan

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menjalinkan kerjasama dengan tujuh pemain industri untuk Program Rakan Industri Sukan Malaysia (Prisma) bagi menjayakan 365 program Tahun Industri Sukan (TIS) 2011/2012.

Prisma membabitkan Telekom Malaysia Berhad, Westports Malaysia Sdn Bhd, Media Prima Berhad, Redberry Sdn Bhd, The Mines, Berjaya Hotels dan Nestle Berhad.

Usahasama itu diumumkan pada satu majlis khas sempena pelancaran laman sesawang Bahagian Industri Sukan KBS iaitu www.sid.my yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, Rabu.

Laman sesawang itu juga adalah laman rasmi untuk TIS 2011/2012 yang akan memuatkan berita tempatan dan antarabangsa berkaitan industri sukan, kalendar, program dan acara TIS.

Pautan kepada kejohanan antarabangsa turut disediakan selain dilengkapi panduan atas talian untuk rujukan penggiat sukan dan warga industri berkaitan sukan.

Selain berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan perkongsian data untuk kemudahan pemain industri sukan, pelancaran laman sesawang itu juga serentak dengan kiraan 365 hari menjelang temasya Sukan Olimpik di London. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain