Penyertaan Kejohanan Futsal KBS-Putrajaya Masih Dibuka

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Futsal Arena menganjurkan Liga Super Futsal KBS-Putrajaya 2011 yang telahpun bermula pada 26 Februari lalu dan akan berakhir pada 21 Mei di Kompleks Futsal Presint 18.

Kompleks berkenaan mempunyai 11 gelanggang futsal dan kemudahan permainan yang lengkap bagi menjayakan kejohanan ini.

Kejohanan ini merupakan inisiatif KBS setelah kejayaan penganjuran sulung Kejohanan Futsal Penjawat Awam Putrajaya 2011 pada bulan Januari lalu yang mendapat sambutan sangat menggalakkan dari peserta seluruh negara.

Pada masa yang sama, meneruskan kesinambungan kejayaan penganjuran kejohanan sehingga kemuncak sambutan Hari Belia Negara secara besar-besaran di Putrajaya yang dijadualkan pada 28 Mei depan.

Pada 5 Mac pula, pukul 5.00 petang bertempat di Kompleks Futsal, Presint 18, Majlis Perasmian Liga Super Futsal KBS-Putajaya akan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed.

Penganjuran kejohanan kali ini berlangsung setiap Sabtu dan penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira had umur.

Selain kategori lelaki terbuka, kategori wanita terbuka juga mengambil tempat dalam kejohanan ini sekaligus memberi peluang kepada kaum wanita untuk turut sama menunjukkan kehebatan mereka bagi bersaing merebut kejuaraan.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Madzrib Ibrahim, objektif utama penganjuran kejohanan kali ini adalah bagi merealisasikan hasrat perdana menteri untuk menjadikan Putrajaya sebagai 'Bandar Mesra Belia".

Selain itu, ia juga bertujuan menjadikan acara sukan sebagai penjana dalam membina karektor belia yang positif dan membina jaringan hubungan serta mengeratkan siratulrahim.

Kejohanan Liga Super Futsal KBS-Putrajaya 2011 dilihat mampu menarik penyertaan ramai golongan sasaran KBS yang terdiri daripada para belia.

Dijangkakan sebanyak 224 pasukan iaitu 192 pasukan lelaki dan 32 pasukan wanita akan memgambil bahagian dan terlibat sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Sebanyak empat kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori Lelaki (Terbuka), Kategori Wanita (Terbuka), Kategori Lelaki (Bawah 18 tahun) dan Kategori Lelaki (Bawah 12 Tahun).

Setiap pasukan akan diwakili 12 orang pemain. Liga Super Futsal KBS-Putrajaya 2011 kali ini menawarkan hadiah yang sangat lumayan iaitu berjumlah RM54,000 dan akan dibahagikan mengikut kategori yang dipertandingkan.

Bagi kategori lelaki terbuka, juara bakal membawa hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 berserta medal dan hamper. Juara wanita terbuka pula akan menerima wang tunai RM4,000 berserta medal dan hamper.

Manakala juara lelaki B-18 akan menerima RM5,000 berserta medal dan hamper. Kategori B-12 pula menyaksikan juara bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 serta medal dan hamper.

Pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan daripada sektor awam dan swasta, sektor perkilangan, pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) serta pelajar sekolah dan menghadkan penyertaan kepada sebanyak 216 pasukan yang akan beraksi pada kejohanan tersebut.

Bagi menarik kehadiran ramai pengunjung dan memeriahkan lagi kejohanan liga ini, turut diadakan pelbagai aktiviti sampingan seperti pertandingan fotografi, sepakan penalti timbang bola dan karaoke serta cabutan bertuah.

Para pengunjung yang hadir juga akan berpeluang menyaksikan perlawanan-perlawanan persahabatan futsal di antara pasukan jemputan melalui skrin besar yang disediakan.

Kepada pasukan-pasukan yang berminat, boleh menghubungi Izzady Abd Lah ditalian 03-88713158 (pej).

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan