2,000 Peserta Dijangka Sertai Larian Wilayah Persekutuan

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,000 orang dijangka menyertai 'Larian 1Wilayah Persekutuan Menjuarai Tranformasi' pada 21 Mac ini sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011.

Pengarah Teknikal Larian G.Mohan Govindasamy berkata larian yang dibahagikan kepada 10 kategori itu akan bermula 7.30 pagi di Dataran Merdeka dan berakhir di tempat yang sama.

Beliau berkata 10 kategori itu ialah Lelaki dan Wanita Terbuka serta Lelaki Junior Veteran maisng-masing sejauh 7 km, Lelaki Senior Veteran, Wanita Veteran, Lelaki dan Wanita dan Kerusi Roda Lelaki dan Wanita terbuka masing-masing sejauh lima km dan dan Larian Keluarga yang terdiri daripada ibu bapa serta dua anak sejauh 3 km.

"Larian yang pertama kali dianjurkan Persatuan Olahraga Para Malaysia (POPM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu menawarkan hadiah wang tunai, t-shirt, pingat, sijil serta cabutan bertuah," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Mohan berkata yuran pendaftaran RM20 dikenakan untuk kategori Lelaki dan Wanita Terbuka serta Veteran, RM10 untuk kategori Lelaki dan Perempuan Remaja, RM30 bagi kategori Larian Keluarga dan percuma bagi Kerusi Roda Lelaki dan Wanita Terbuka.

Borang penyertaan boleh didapati di Stadium Titiwangsa mulai hari ini dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dan tarikh tutup penyertaan ialah 12 Mac.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan