Jelajah 1Malaysia Mampu Menjadi Penghubung Kerajaan Dengan Rakyat

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program berbasikal, Jelajah 1Malaysia, mampu menjadi penghubung antara kerajaan dan masyarakat setempat dalam menyalurkan maklumat-maklumat penting kepada kedua-dua pihak.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata kementerian melalui Jabatan Penerangan akan terlibat dalam menyebarkan aspirasi kerajaan dan pada masa yang sama membantu meninjau untuk mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai isu setempat. "Kita akan cuba meneliti sejauh mana jelajah ini dapat memberi maklum balas kepada kita.

"Apa-apa yang rakyat luahkan kepada kerajaan juga akan kita analisis, dalam apa yang disebut sebagai pertemuan antara rakyat, kerajaan dan pihak swasta," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Terdahulu, Rais menyerahkan replika kunci kenderaan rasmi wakil media dan melepaskan kenderaan rasmi media bagi program Jelajah 1Malaysia yang akan berlangsung dari 8 hingga 13 Mac.

Sementara itu, beliau berkata penglibatan media dalam program sedemikian amat penting kerana mereka memainkan peranan dalam menentukan kejayaan program tersebut.

"Kami sangat menggalakkan (penglibatan) warga media, tanpa mereka, program ini tidak akan berjaya, tidak ramai yang akan tahu.

"Kami sedang menimbang apa yang boleh kami sumbang kepada media agar kerja-kerja melapor dan menyemarakkan gagasan 1Malaysia terus mencapai tahap yang diinginkan," katanya.

Jelajah yang dinaungi isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ini akan menjelajah sejauh 1,011 km merentasi Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Ia disertai 180 pelumba dalam 30 pasukan dari 45 negara. Kira-kira 30 pengamal media dan jurugambar dari dalam dan luar negara turut menyertai jelajah ini bagi membuat liputan dan promosi sepanjang perlumbaan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan