Sea Keong Tawan Dua Zon Pecut

Diterbitkan: Selasa, 25 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SITIAWAN: Pelumba Kebangsaan Malaysia, Loh Sea Keong mencatat namanya dengan gaya tersendiri pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LtdL) peringkat ketika, Taiping-Sitiawan apabila mengutip mata penuh pada dua Zon Pecut, Selasa.

See Keong, pelumba kelahiran Kelantan berjaya menjadi pelumba pertama melintasi zon pecutan kedua di Beruas dan zon pecutan ketiga di Pantai Remis, sekali gus membantunya menduduki tempat ketujuh senarai individu keseluruhan.

Menurutnya, perlumbaan basikal memang sukar untuk dijangka apa sahaja boleh berlaku, jadi dia mengakui tidak mensia-siakan peluang di depan matanya.

"Kita tidak tahu apa yang akan berlaku tambah lagi dalam perlumbaan besar seperti ini, bila saya lihat peluang untuk memenangi zon pecutan kedua dan ketiga itu ada, cuba mendapatnya," katanya ketika ditemui media selepas tamat perlumbaan.

Katanya, walaupun jurulatih, Graham Seers menasihatkan agar pelumba menyimpan sedikit tenaga tetapi pengendali dari Australia itu tidak melarang pelumba untuk melakukan pemecahan atau menduduki tempat terbaik bagi perlumbaan peringkat.

"Seers ada memberi nasihat kepada kami supaya terlibat sama dalam mana-mana kelompok pelumba yang melakukan pemecahan, ataupun mengetuai peleton, jadi saya mengambil inisiatif untuk mengikut kayuhan Rhys Pollock dari Drapac Professional Cycling (DPC).

"Ini tidak bermakna saya tidak mensasarkan kedudukan yang baik bagi saingan esok , saya tetap mengharapkan pendakian di Cameron Highlands dan Genting Highlands berjalan lancar buat saya," katanya.

See Keong berkata, dia akan berehat dan melakukan pemulihan secepatnya dengan bantuan pegawai Institut Sukan Negara (ISN) menjelang pendakian berstatus Hors Rabu dan Khamis ini

Dengan mata penuh yang dikutip See Keong di zon pecut itu, membolehkannya menduduki tempat ke-18 bagi kategori Raja Pecut (Jersi biru) dengan mengutip 10 mata, dia juga menduduki tempat ketiga bagi kedudukan keseluruhan pelumba terbaik Asia kurang 15 saat di belakang pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Anuar Manan yang mengungguli kategori itu.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan