suria

Lebih 100 Pelayar Sertai Regata Perdana 2011

LANGKAWI: Angin kencang antara 20 hingga 25 knot ketika ini akan menjadikan KFC Langkawi International Regatta Perdana 2011 kelapan di Kompleks Latihan Perahu Layar Kebangsaan di sini selama empat hari mulai esok lebih hebat dan sengit.

Pengurus besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata tiupan itu sesuai untuk kejohanan berkenaan yang akan memaksa saingan sengit antara pelayar.

"Kejohanan itu sebagai satu daripada sirkit kebangsaan untuk menilai semula pencapaian pelayar untuk diserap ke dalam skuad pelayaran Malaysia," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Katanya seramai 150 pelayar dari India, Poland, Hong Kong dan Rusia serta pasukan negeri-negeri di Malaysia menyertainya.

Antara kategori dipertandingkan ialah Optimist, Laser Radial, International 420, 4.7, Wind Surfing, Byte CII untuk lelaki dan wanita.

Pelayar muda negara Ahmad Syukri Abdul Aziz yang meraih kejuaraan individu lelaki pada Kejohanan Layar Dinghy Association (IODA) Dunia 2010 yang berlangsung di sini baru-baru ini, adalah antara yang akan mengambil bahagian pada regata itu.

Regata pembuka tirai kejohanan kebangsaan 2011 itu adalah anjuran MYA, Persatuan Perahu Layar Kedah dan Kementerian Belia dan Sukan.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Adiq Bermula Positif

Artikel Lain