LTdL 2011: Anuar Janjikan Kayuhan Terbaik

Diterbitkan: Ahad, 23 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Raja Pecut Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun lalu, Anuar Manan mengharapkan kejayaan lebih cemerlang pada kayuhan edisi ke-16 yang bakal membuka tirai perlumbaan di Dataran Lang, di sini Ahad.

Anuar yang memenangi perlumbaan peringkat kelima dari Muar ke Port Dickson tahun lalu turut mengharumkan nama negara dengan menjadi pelumba Asia pertama bergelar Raja Pecut (Jersi Hijau ) masih boleh meneruskan keazamannya itu bersama dengan pasukan barunya, Terengganu Cycling Team (TSG).

"Saya mengharapkan agar dapat mengekalkan jersi pecut dan juga mahu menang sebagai juara peringkat lebih daripada satu perlumbaan," katanya kepada media selepas majlis pengenalan pasukan, Sabtu.

Bekas pelumba Geumseng Ginseng Asia ini berkata, pertukaran kepada pasukan baru tidak menjadi masalah kepadanya kerana mereka telah menjalani latihan insentif sebelum perlumbaan ini.

"Saya yakin pasukan saya mampu memberi saingan terbaik, lebih-lebih lagi kami telah menjalani latihan selama sebulan di Chiang Rai (sempadan Thailand-Myanmar).

"Selain itu, dengan gabungan pelumba-pelumba yang ada ini mampu memberi keyakinan bagi saya untuk mempamerkan kayuhan terbaik bermula esok. Walaupun hanya sempat berlatih dua hari sahaja di sini, sekurang-kurang kami telah menggunakan peluang untuk untuk memperkemaskan teknik kayuhan.

"Selain itu, jika dilihat fokus pasukan, kami lebih tertumpu kepada laluan landai dan cuba untuk mengumpul mata di zon pecutan sebanyak mana yang boleh," katanya.

Pasukan TSG turut diperkuatkan dengan kehadiran pelumba tempatan termasuk Mohd Hariff Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin, Mohd Saufi Mat Senan, Mohd Yusrizal dan Mohd Shobry Abdullah.

Lebih menarik, pasukan ini juga turut mendapat khidmat pelumba ternama dari Jepun yang pernah meraih gelaran juara peringkat pada tahun 2007, Shinichi Fukushima dan juga pelumba dari Thailand, Motoi Nora.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan