Kien Keat/Eei Hui Kandas

Diterbitkan: Khamis, 20 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harapan peminat badminton tanahair menyaksikan pasangan beregu campuran negara, Koo Kien Keat/Chin Eei Hui meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Super Siri Terbuka Malaysia Proton 2011 pada Khamis tidak kesampaian apabila mereka kecundang di tangan Muhammad Rijal/Deeby Susanto 21-8, 21-13, hari ini.

Menempah tiket ke pusingan pertama selepas menundukkan rakan senegara, Lim Khim Wah/Lim Yin Loo 21-15, 21-16 pada kelayakan kedua semalam, pasangan itu seolah-olah hilang rentak pada perlawanan yang berlangsung selama 21 minit, awal pagi Rabu.

Pemenang pingat emas acara beregu campuran pada Sukan Komanwel di New Delhi, India, Oktober lalu, mendahului awal permainan set pertama sebelum pasangan dari Indonesia menyamakan kedudukan 1-1.

Kien Keat/Eei Hui bangkit semula mengikat kedudukan 4-4 tetapi ianya sudah terlambat apabila seteru jiran mengekalkan penguasaan sehingga mata terakhir set pertama.

Set kedua kelihatan sengit apabila kedua-dua pasangan itu bersilih-ganti mengejar mata sehingga kedudukan 8-8.

Namun, sandaran utama negara itu gagal mengekalkan corak permainan konsisten untuk mengheret permainan ke set ketiga.

Cabaran Kien Keat masih belum berakhir apabila beliau akan bergandingan bersama Tan Boon Heong dalam acara beregu lelaki pada jam 10.45 malam ini.

Mereka akan bertemu pasangan dari China, Hong Wei/Shen Ye pada pusingan pertama.

Sementara itu, pemain pelapis negara, Tee Jing Yi yang mencipta kejutan apabila menewaskan pemain berpengalaman Julia Wong Pei Xian pada pusingan kelayakan perseorangan wanita, Selasa gagal mengulangi prestasi cemerlangnya hari ini.

Jing Yi tewas 25-23, 21-13 kepada pemain pilihan kelima, Juliane Schenk dari Jerman dalam perlawanan yang memakan masa selama 38 minit.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan