Sukan Asia: Skuad Sepak Takraw Terpaksa Beraksi Di Pagi Aidil Adha

Diterbitkan: Selasa, 16 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Skuad sepak takraw negara terpaksa melakukan pengorbanan besar buat negara apabila terpaksa turun beraksi pada pagi sambutan Aidil Adha di sini, esok.

Mereka dijadual bertemu pasukan tuan rumah pada perlawanan pembukaan acara berpasukan pada pukul 8.30 pagi di Pusat Sukan Haizhu dekat sini.

Berbeza dengan umat Islam di Malaysia yang menyambut Aidil Adha pada 17 Nov, masyarakat Islam di seluruh China pula akan menyambutnya esok.

"Inilah pengorbanan besar yang perlu dilakukan oleh pemain-pemain kita. Kami terpaksa menerimanya. Sekarang ini kita sudah tidak boleh lagi menukar jadual itu," kata ketua jurulatih Iskandar Arshad ketika, Isnin.

Terdahulu, sebelum temasya Sukan Asia bermula Malaysia meminta pihak penganjur menukarkan jadual pertandingan daripada 17 Nov kepada 16 Nov, dengan menyangkakan sambutan Aidil Adha jatuh pada Rabu.

Sempena sambutan Aidil Adha esok, pihak Jawatankuaasa Penganjur Sukan Asia Guangzhou (GAGOC) akan menganjurkan sembahyang sunat Aidil Adha di perkampungan sukan.

Menyentuh mengenai pertemuan dengan pasukan tuan rumah esok, Iskandar berkata pemain-pemain perlu memenangi perlawanan pembukaan itu.

"Kita tidak sepatutnya kalah kepada China. Mereka (pemain-pemain Malaysia) perlu turun dengan memberikan saingan terbaik," katanya yang enggan menyatakan senarai pemain negara yang akan diturunkan.

Iskandar berkata kekuatan pihak lawan dalam acara berpasukan tidak dapat dipastikan kerana Malaysia tidak pernah bertemu pasukan negara itu sebelum ini.

Dalam acara berpasukan, Malaysia diletak dalam Kumpulan B bersama India, China dan Jepun, manakala kumpulan A pula ialah Thailand, Korea Selatan dan Indonesia.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas acara Sepak Takraw Sukan Asia ialah pada tahun 1994 di Hiroshima, Jepun.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan