Wei Keat, Ee Yi Dipilih Olahragawan Sementera Rinong Olahragawati Sekolah Sukan Bukit Jalil

Diterbitkan: Khamis, 11 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Atlet badminton, Nelson Heng Wei Kiat dan Teo Ee Yi dinobatkan sebagai Olahragawan manakala atlet terjun, Pandelela Rinong memenangi anugerah Olahragawati dalam Anugerah Gemilang Sukan Sekolah Bukit Jalil (SSBJ) 2010, Rabu malam.

Selain itu, anugerah Olahragawan Harapan SSBJ 2010 dimenangi atlet terjun, Abdul Rashid Muhammad sementara anugerah Olahragawati Harapan SSBJ 2010 dimenangi atlet gimrama Lee Wan Nin.

Hadiah-hadiah Anugerah Gemilang SSBJ 2010 itu disampaikan oleh isteri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datin Seri Masnah Rais yang mewakili Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan penaung SSBJ.

Rosmah, dalam ucapannya yang dibaca oleh Masnah berkata beliau berharap agar 'Future Young Olympian kebangsaan seharusnya tidak bersifat "complacent" dengan apa yang dicapai.

"Generasi yang berkualiti, cemerlang, dan bijaksana tidak pernah putus asa dengan kecemerlangan yang dicapai dan semangat daya juang, motivasi dan iltizam perlu sentiasa diperbaharui kerana perjuangan dalam pendidikan adalah perjuangan yang berterusan," katanya pada majlis Young Olympian Nite and penyampaian Anugerah Gemilang SSBJ 2010 di sini, Rabu malam.

Justeru itu, para atlet perlu diberikan pendedahan yang lebih luas melalui latihan di luar negara serta menyertai seberapa banyak pertandingan atau kejohanan bertaraf antarabangsa, kata Rosmah.

Rosmah berharap pada masa akan datang, terdapat lebih ramai lagi atlet SSBJ menjadi atlet kebangaan negara yang mewakili Malaysia dalam pelbagai bidang sukan bertaraf dunia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan