Fakrullah Muncul Juara Kali Kedua di TDI

Diterbitkan: Jumaat, 5 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASUKAN lebuh raya Malaysia melabuhkan tirai penyertaan pada Tour d’Indonesia (TDI) 2010 dengan penuh bergaya apabila pelumba muda, Ahmad Fakrullah Alias sekali lagi muncul juara perlumbaan peringkat ke-10 di Sirkit Renon di Denpasar, Bali sejauh 117.6 kilometer, Khamis.

Dengan catatan masa dua jam 46 minit 12 saat, pelumba berusia 20 tahun itu yang bakal meraikan hari ulangtahunnya pada 26 Disember nanti membuktikan penampilan sulung pada kancah perlumbaan antarabangsa perlu diberi perhatian serius apabila muncul juara kali kedua dalam masa dua hari.

Paling menarik, dua lagi pelumba negara iaitu Mohd Zamri Salleh dan Mohd Shahrul Mat Amin turut merakam prestasi gemilang apabila menduduki tempat ke-6 serta ke-7 pada perlumbaan peringkat terakhir siri jelajah sejauh 1181.85 kilometer itu dengan catatan masa serupa.

“Saya sama sekali tidak menyangka boleh jadi juara pada dua perlumbaan peringkat. Saya tidak saya duga kejayaan ini dan ingin berterima kasih kepada MNCF (Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia) dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) kerana memberikan kepercayaan kepada kami berlatih di Melbourne.

“Kalau ikutkan pengalaman berkayuh, saya adalah antara pelumba mentah dan kurang pengalaman berlumba di peringkat antarabangsa. Jadi saya tidak diberikan harapan sama sekali untuk jadi juara bukan sekali tapi dua kali.

“Saya rasa prestasi cemerlang ini ada kaitan dengan sedikit pengalaman yang saya dapat ketika berlatih di Melbourne. Saya harap MNCF dan KBS akan terus kekalkan kami berlatih di sana,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Ahmad Fakrullah, Mohd Zamri dan Mohd Shahrul muncul sebagai pelumba negara yang berjaya menaiki podium pada lima perlumbaan peringkat yang berbeza sepanjang TdI 2010.

Keputusan kelmarin turut menyaksikan pasukan kebangsaan Malaysia mengekalkan kedudukan menduduki tempat ke-5 berpasukan keseluruhan keciciran cuma lima saat di belakang pasukan Iran, Vali ASR Kerman.

Untuk kategori klasifikasi keseluruhan (GC), Mohd Shahrul muncul pelumba terbaik Malaysia apabila menduduki tempat ke-12 dengan masa 28:06.17s diekori Ahmad Fakrullah ke-15 masa 28:07:37s dan Ahmad Fallanie Ali ke-18 masa 28:07:37s.

Presiden MNCF, Abu Samah Abd Wahab mengaku lega dengan persembahan keseluruhan barisan pelumba negara yang berkayuh di TdI 2010 kerana ia boleh menjadi kayu pengukur menjelang Sukan Sea 2011 di Indonesia.

“Setakat ini kita belum pasti adakah perlumbaan lepas beramai-ramai akan diadakan di Jakarta, Bandung atau Palembang. Tapi yang penting ialah pelumba Malaysia berjaya mempamer prestasi cemerlang di Indonesia. Inilah yang sangat penting kepada persatuan,” katanya.

Justeru itu, Naib Presiden Persatuan Berbasikal Asia (ACC) turut mahukan tiga pelumba Malaysia yang bakal berkayuh di Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China supaya bangkit dan memperagakan prestasi cemerlang nanti bagi memastikan kesinambungan prestasi gemilang ketika ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan