Pemain Bola Sepak Sukma Terima Habuan Raya

Diterbitkan: Selasa, 7 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memberi bonus RM1,000 seorang bagi semua 22 pemain yang mewakili negeri itu ketika Sukan Malaysia di Melaka pada Jun lepas.

Yang Dipertuanya Datuk Che Mat Jusoh berkata bonus itu yang diberi dalam satu majlis di sini semalam, adalah sebagai menghargai kejayaan pasukan yang muncul juara pada temasya tersebut selepas mengalahkan Selangor 0-1.

"Ini sebagai memenuhi janji PBSNT kepada pemain-pemain yang mana kita akan memberikan mereka bonus jika Terengganu berjaya muncul sebagai juara dalam kejohanan itu," katanya, Selasa.

Sebelum ini para pemain terbabit telahpun menerima RM5,000 seorang menerusi skim ganjaran oleh kerajaan negeri.

Che Mat berkata bonus itu turut diberi kepada pegawai dan juga jurulatih pasukan berkenaan.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan