Gerrard Akui Rooney Pemain Penting

Diterbitkan: Selasa, 7 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAPTEN England, Steven Gerrard percaya rakan sepasukannya, Wayne Rooney berada dalam keadaan yang sesuai untuk menunjukkan aksi cemerlang pada perlawanan Kelayakan Euro 2012 menentang Switzerland, Selasa.

Rooney bakal kembali beraksi buat kali pertama semenjak timbul kontroversi mengenai skandal seksnya dan menjadi turut menjadi tumpuan sejak 48 jam lalu berkaitan kelakuan liarnya itu.

Pun begitu, Gerrard percaya bermain bola sepak boleh menghilangkan tekanan yang dihadapi Rooney.

“Saya belum bercakap dengan Rooney mengenai isu itu kerana bagi saya ia bukan masalah di padang dan tiada apa yang boleh saya lakukan.

“Sebagai kawan, Wayne tahu saya sentiasa ada bersamanya, begitu dengan rakan-rakan yang lain. Saya tahu dia akan berada dalam keadaan baik.

“Pasukan inginkan dia bermain di tahap tertinggi sekali gus dapat mengumpul tiga mata lagi. Apabila dia berada dalam posisi terbaik, dia mampu mencipta peluang gol, mampu menjaringkan gol dan memenangi perlawanan dengan cara tersendiri,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan