Annuar Janji Fokus Tiga Agenda Jika Dipilih Sebagai Timbalan Presiden FAM - Sukan | mStar

Annuar Janji Fokus Tiga Agenda Jika Dipilih Sebagai Timbalan Presiden FAM

Diterbitkan: Rabu, 21 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Salah seorang calon timbalan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa menggariskan tiga agenda utama sekiranya beliau dipilih menjawat posisi tersebut pada kongres FAM ke-47 pada 31 Julai ini.

Beliau yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata tiga agenda utama yang perlu diperkemaskan FAM ialah menyusun semula program pembangunan skuad kebangsaan, penelitian terhadap penganjuran bola sepak tempatan dan yang paling penting adalah membina lebih keyakinan di kalangan penaja untuk terlibat dalam Liga Malaysia.

"Terdapat beberapa perkara lagi yang perlu diperbaiki secepat mungkin dalam FAM, terutamanya perkara yang membabitkan tiga agenda tersebut," katanya kepada Bernama di sini.

Annuar berkata sebenarnya bukanlah menjadi hasrat utama beliau untuk bersaing atau mencabar mana-mana calon dengan mengutarakan idea tersebut sebaliknya beliau percaya setiap individu mempunyai kelebihan yang tersendiri yang mampu disumbangkan kepada FAM.

"Kalau FAM lemah kita juga akan turut terjejas secara langsung...kalau FAM tidak punyai hubungan baik dengan badan gabungan, tiada perancangan yang baik, tiada dana dan sebagainya ianya akan memberi kesan negatif kepada kita juga akhirnya.

"Kita tidak boleh hanya duduk sahaja sebaliknya perlu bersedia untuk tawarkan diri bagi membantu FAM," katanya.

Beliau menyindir sikap setengah pihak yang cenderung mengkritik struktur pentadbiran FAM namun tidak mahu bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan tersebut.

"FAM dan ahli gabungan saling memerlukan antara satu sama lain dalam memperjuangkan pembangunan bola sepak negara," katanya.

Annuar adalah salah seorang daripada enam calon yang tersenarai bertanding untuk merebut jawatan timbalan presiden FAM bagi penggal 2010-2015.

Lima lagi nama yang dicalonkan untuk jawatan tersebut ialah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Datuk Seri Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad, Datuk Che Mat Jusoh, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Abdul Mokhtar Ahmad. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan