suria

Henry Mahu Kembali Ke Emirates

Henry kini memperkuat New York Red Bulls selama empat tahun.
Henry kini memperkuat New York Red Bulls selama empat tahun.
Henry kini memperkuat New York Red Bulls selama empat tahun.

THIERRY Henry mendedahkan dia mahu kembali ke Arsenal selepas kariernya selaku pemain bola sepak profesional berakhir.

Henry yang meninggalkan The Gunners untuk menyarung jersi Barcelona pada 2007 menandatangani kontrak bersama New York Red Bulls dalam aksi Major Soccer League (MLS), awal minggu ini.

Namun penyerang berusia 32 tahun itu yang menjaringkan 226 gol untuk Arsenal memberitahu dia mahu memikul tanggungjawab baru di kelab utara London berkenaan sebaik saja kariernya berakhir.

"Apabila saya bersara, saya mahu kembali ke Arsenal. Saya baru saja berada di New York untuk beraksi, bersaing dan memenangi trofi lain.

"Selepas segalanya selesai barulah saya akan memikirkan mengenai perkara itu. Namun saya tetap akan kembali ke Arsenal. Saya amat menyayangi kelab itu," kata Henry.

Henry mengakui dia mahu melihat kapten Arsenal, Cesc Fabregas yang menyertai skuad kendalian Arsene Wenger ketika remaja untuk kekal bersama kelab itu walaupun menerima tawaran berulang kali daripada Barcelona.

"Ia sukar kerana Fabregas dari Barcelona. Saya tidak tahu apa untuk diperkatakan kerana saya tidak mahu bercakap bagi pihaknya. Namun sebagai peminat Arsenal, saya mahu dia kekal. Jika dia menerima tawaran itu saya memahami keputusannya," tambah Henry.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain