Larian baton Sukma Ke-13 Merentasi DUN Bachang

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Menjelang dua minggu sebelum Sukan Malaysia ke-13 dirasmikan di Stadium Hang Jebat di sini, acara larian obor sukan itu peringkat ke-24 merentasi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bachang, di sini hari ini. Lebih 100 peserta menyertai acara sejauh 31 kilometer yang dirasmikan oleh Anggota Parlimen Bukit Katil, Datuk Md Sirat Abu serta kenamaan yang lain.

Acara larian diserikan dengan persembahan tarian singa, pukulan kompang dan pukulan gendang tradisional India yang bermula di Kompleks Japerun Bachang dan melalui Kampung Bachang Darat, Kampung Sarang Helang, Zon Perdagagagan Bebas Batu Berendam dan berakhir di tapak permulaan.

Bercakap kepada pemberita, Md Sirat berkata penyertaan penduduk di DU NBachang pada larian baton itu memberikan semangat untuk turut menjayakan Sukma ke-13 ini.

Beliau kemudian menyerahkan baton larian kepada Datuk Seet Har Cheow untuk larian peringkat ke-25 bagi DUN Klebang yang akan diadakan esok di Dataran IMalaysia.

Larian baton peringkat pertama bermula di DUN Kuala Linggi pada 28 Februari lepas dan akan menjelajah ke semua DUN sebelum berakhir di DUN Paya Rumput pada 12 Jun ini, iaitu pada hari perasmian Sukma di Stadium Hang Jebat.

Sukma Melaka yang bertemakan 'Perpaduan Remaja Melalui Sukan' akan mempertandingkan 33 acara sukan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan