Sevilla Layak Ke Liga Juara-Juara

Diterbitkan: Ahad, 16 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MADRID: Jaringan Rodri Rios pada masa kecederaan membantu Sevilla mencatatkan kemenangan ke atas Almeria dengan keputusan 3-2 dalam satu perlawanan Liga Sepanyol, Sabtu.

Dua gol Sevilla yang lain dihasilkan oleh Frederic Kanoute dan Alvaro Negredo.

Kemenangan tersebut membolehkan pasukan itu menduduki tempat keempat di liga dan menyertai pasukan Barcelona, Real Madrid and Valencia ke Liga Juara-Juara musim depan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan