Selangor Terus Gah Di Persada Liga Super

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selangor terus gah di taktha Liga Super apabila mengutip tiga mata penuh dengan menewaskan Negeri Sembilan 4-2 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Selangor bagaimanapun tersentak dengan dua gol awal pelawat melalui Idris Karim pada minit ke-28 dan Norizam Salaman pada minit ke-31 namun Mohd Amirulhadi Zainal berjaya mengurangkan defisit jaringan sebelum tamat separuh masa pertama dengan satu gol pada minit ke-41.

Dalam babak kedua, kebangkitan Selangor nyata gagal dibendung oleh juara Piala FA musim ini apabila tuan rumah menjaringkan tiga gol melalui Mohd Hardi Jaafar pada minit ke-64, Mohd Amirulhadi (65) dan Mohd Bunyamin Omar pada minit ke-74.

Kemenangan ini membolehkan Selangor mengumpul 38 mata, mengatasi pencabar terdekat Kelantan di tangga kedua yang meraih 35 mata setelah turut mencatatkan kemenangan di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, Kota Baharu.

Skuad 'The Red Warriors' itu menjadikan Terengganu yang dibimbing jurulatih Irfan Bakti Abu Salim sebagai mangsa dengan keputusan 3-0 di mana ketiga-tiga gol terbabit dihasilkan pada separuh masa pertama.

Gol pertama Kelantan diperolehi pada minit ke-28 apabila ketua pasukan pelawat Mohd Marzuki Yusof tertolak bola ke gawang sendiri sebelum Indraputra Mahayuddin dan Norshahrul Idlan Talaha masing-masing menyumbangkan satu gol pada minit ke-30 dan 36.

Johor FC pula memintas Terengganu di tempat ketiga liga apabila menewaskan Perlis 2-1 di Stadium JCorp, Pasir Gudang, walaupun ketinggalan kepada pelawat pada minit ketujuh melalui gol jaringan Ahmad Fakri Saarani.

Johor FC bangkit menjaringkan dua gol melalui Mohd Khairul Ismail pada minit ke-25 dan gol kemenangan mereka hadir pada minit ke-29 melalui Zaidi Mohd Taba.

Jaringan tunggal Mohd Shahrul Azrien Shamsuddin pada minit ke-33 pula membolehkan T-Team menewaskan Kuala Lumpur 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pulau Pinang pula menjadi mangsa KL Plus apabila dibelasah 4-0 di Stadium Negeri, Batu Kawan dengan Mohd Fadzli Shaari menyumbangkan dua gol awal pelawat pada minit ke-38 dan 70.

Mohd Hazrul menjmenjaringkan gol ketiga pelawat pada minit ke-78 manakala Azi Shahril Azmi melengkapkan kemenangan bergaya KL Plus melalui sepakan penalti pada minit ke-90. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan