suria

Wigan, Stoke Tentukan Pasukan Juara

Ancelotti mengharapkan tuah terus mengiringi pasukannya di Stamford Bridge malam ini.
Ancelotti mengharapkan tuah terus mengiringi pasukannya di Stamford Bridge malam ini.
Ancelotti mengharapkan tuah terus mengiringi pasukannya di Stamford Bridge malam ini.

TIRAI penutup kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini akan berada di kemuncaknya apabila 10 perlawanan terakhir berlangsung, malam ini.

Namun tumpuan utama diberikan kepada dua kelab gergasi England, Manchester United dan Chelsea memandangkan gelaran juara akan ditentukan berdasarkan keputusan malam ini.

Chelsea yang bertemu Wigan Athletic dilihat hanya memerlukan tempoh 90 minit untuk merampas trofi kejuaraan apabila terus mempertahankan kedudukan selaku pendahulu liga, lebih satu mata di depan seteru utama, United.

Andai pasukan kendalian Carlo Ancelotti itu tersilap percaturan, maka United berpeluang mempertahankan kejuaraan buat musim keempat berturut-turut sekali gus mengatasi rekod trofi EPL yang dimenangi Liverpool setakat ini.

Begitupun, di atas kertas kehebatan Chelsea di gelanggang sendiri tidak dapat disangkal lebih-lebih lagi apabila mereka mempamerkan aksi konsisten selama 10 bulan.

Sementara itu, Sir Alex Ferguson menyifatkan nasib United untuk mempertahankan gelaran juara kini terletak di tangan Stoke City.

Kini, United hanya perlu mencatat kemenangan ke atas Stoke dan mengharapkan Wigan mencipta kejutan ke atas Chelsea pada malam ini.

Red Devils pernah berada dalam situasi drama hari terakhir itu selama empat kali sepanjang di bawah pimpinan Ferguson dengan mencapai kejayaan sebanyak tiga kali.

Pengurus kelahiran Scotland itu yakin dengan kemampuan pasukannya kerana pengalaman mereka dalam situasi pertaruhan besar harus menjamin peluang United mengatasi Stoke.

Pada ketika ini, Ancelotti mahupun Ferguson pastinya sudah mencongak strategi terbaik tetapi kemenangan kadangkala bergantung kepada nasib dan corak permainan akan menjadi penentu kejayaan setiap pasukan.

Bagi, Ancelotti, jika pasukannya kalah pada perlawanan penutup ia ibarat takdir kejam buat Chelsea yang berusaha untuk menamatkan kemarau kejuaraan selepas menjuarai trofi liga buat kali terakhir pada musim 2005/2006 ketika di bawah kendalian bekas pengurus, Jose Mourinho.

Artikel Sebelum

Artikel Lain