suria

Mohd Farhan Tersingkir Pada Pusingan Awal

NEW DELHI: Petinju berbakat negara Mohd Farhan Harun mengalami nasib malang apabila tersingkir pada saingan awal Kejohanan Tinju Komanwel kelima di sini hari ini.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Beijing, Vijender Singh dari India menewaskan Farhan dalam kategori 'middleweight' 75kg.

Pertarungan tersebut terpaksa diberhentikan oleh pengadil pada pusingan kedua selepas Farhan menerima pukulan bertalu dari pencabarnya yang jauh lebih mantap.

Dalam pusingan pertama, Farhan ketinggalan 0-3 selepas lawannya mula bertindak agresif dari permulaan sehingga petinju negara tidak dapat membalas serangan itu.

"Dia berdepan dengan lawan yang lebih kuat. Kami di sini ingin mendedahkan petinju kita dan tidak menjangka sebarang pingat di sini. Sasaran kami adalah Sukan Komanwel Oktober ini," kata pengurus pasukan Mejar (B) Maulud Othman kepada Bernama di sini.

Esok, petinju Mohd Fuad Mohd Redzuan akan bersaing dalam kategori 'light flyweight' 49 kg.

Kejohanan edisi kelima itu disertai oleh 100 petinju dari 15 negara. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain