suria

Sharon, Wee Wern gagal ke undian utama

KUALA LUMPUR: Tidak seorang pun daripada pemain kebangsaan yang berjaya mara ke undian utama apabila mereka tumpas di peringkat akhir pusingan kelayakan Kejohanan Skuasy Terbuka Wanita Dunia Forexx (WWO) yang berlangsung di Amsterdam, pada Selasa.

Sharon Wee, yang melayakkan diri ke pusingan kelayakan akhir, kalah kepada pemain Mesir, Nur El Tayeb dalam straight set 7-11, 8-11 dan 8-11 yang mengambil masa 27 minit.

Dalam pusingan kelayakan kedua semalam, Sharon berhempas pulas dalam perlawanan yang sengit sebelum berjaya menundukkan Emma Chorley dari England 11-6, 6-11, 11-8, 7-11 dan 11-8 dalam masa 39 minit.

Rakan sepasukannya, Low Wee Wern juga tewas kepada Donna Urquhart dari Australia dengan straight set 5-11, 8-11 dan 3-11 dalam masa 26 minit.

Dia mengalahkan pemain England, Lauren Selby dari England dengan 11-4,11-7 dan 11-6 dalam pusingan kelayakan kedua semalam. Sharon dan Wee Wern melangkah ke pusingan kelayakan kedua selepas mereka mendapat bye dalam pusingan kelayakan pertama.

Sementara itu, Ratu Skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David dan Delia Arnold akan memulakan kempen mereka dalam WWO esok.

Dalam pusingan pertama undian utama, Nicol akan berdepan pemain tuan rumah Orla Noom, manakala Delia pula bertemu pilihan kelima Jenny Duncalf dari England dalam perlawanan pembukaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain