Bola Sepak: Malaysia kekal di ranking ke-152 dunia

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedudukan Malaysia kekal di ranking ke-152 dalam arena bola sepak dunia walaupun pasukan negara mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang China dan Kenya bulan lepas.

Menurut ranking terbaru yang dipaparkan laman web Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Malaysia kini mengumpul 123 mata, tambahan tiga mata hasil daripada dua keputusan seri itu.

Kedudukan terbaik Malaysia di dalam ranking FIFA adalah kedudukan di tempat ke-75, tetapi itu adalah pada 1993.

Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat keenam di belakang Thailand (115), Singapura (127), Indonesia (133), Myanmar (145) dan Vietnam (146).

Sementara itu, Malaysia tewas 01 kepada kelab Arab Saudi, AlQadisiya pada satu perlawanan persahabatan yang berlangsung di Dammam awal pagi semalam.

Selepas ini Malaysia yang dibimbing oleh jurulatih K.Rajagobal akan meneruskan perlawanan persahabatan menentang Jordan di Stadium King Abdullah, Amman Sabtu ini. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan