Skuasy: Nicol bertemu Natalie dalam separuh akhir Skuasy Terbuka Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ratu skuasy negara dan pemain skuasy wanita nombor 1 dunia Datuk Nicol Ann David mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2009 selepas mengetepikan Kasey Brown dari Australia dalam perlawanan suku akhir di sini semalam. Nicol memerlukan 32 minit untuk memenangi perlawanan itu dengan 11-4, 11-8 dan 11-3.

"Ini kali pertama saya menentang Kasey dalam acara Wispa (Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa). Memanglah saya pernah bertemu dengannya dalam pasukan dunia. Ia tidak sama sekiranya anda bermain di Malaysia," katanya.

Nicol akan bertemu seteru lamanya dari Netherlands, Natalie Grinham dalam perlawanan separuh akhir malam ini. Terdahulu, Natalie menyingkirkan Madeline Perry dari Ireland dalam perlawanan empat set dengan 11-5, 11-7, 10-12 dan 11-3 yang mengambil masa 53 minit.

Dalam satu lagi perlawanan suku akhir, kakak Natalie, Rachael menempah tempat di separuh akhir selepas berhempas pulas selama 80 minit menentang Jenny Duncalf dari England.

Rachael memenangi perlawanan lima set itu dengan 11-9, 11-7, 6-11, 4-11 dan 11-9 dan akan bertemu pemain England, Alison Waters dalam perlawanan separuh akhir hari ini.

Alison mengalahkan rakan senegaranya, Laura Lengthorn Massaro 2-11, 11-8, 11-5 dan 11-4 dalam masa 45 minit.

Sementara itu, dalam kategori lelaki, pilihan pertama kejohanan Amr Shabana dari Mesir, seperti yang dijangka mengalahkan Farhan Mehboob dari Pakistan.

Beliau memenangi perlawanan itu dengan straight set 11-6, 11-8 dan 11-6 dalam masa 45 minit dan akan berdepan James Willstrop dari England di peringkat separuh akhir.

Willstrop pula dalam satu lagi perlawanan suku akhir menundukkan Omar Mosaad dari Mesir dengan straight set 11-6, 11-4 dan 11-6 dalam masa 55 minit.

Jadual perlawanan hari ini:

WANITA: [4] Alison Waters (ENG) lwn [2] Rachael Grinham (AUs) 5.30 petang [3] Natalie Grinham (NED) lwn [1] Nicol Ann David (MAs) 7.30 petang

LELAKI: [3] Wael El Hindi (EGY) lwn [2] Nick Matthew (ENG) 4.30 petang [4] James Willstrop (ENG) lwn [1] Amr Shabana (EGY) 6.30 petang. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan