Hammam akan terus menuntut status diplomatik

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meskipun memenangi kerusi jawatankuasa eksekutif FIFA dan menukar keputusan menempatkan semula ibu pejabat Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Bukit Jalil, Presiden AFC Mohamed Hammam terus mendesak kerajaan Malaysia mengiiktiraf konfederasi itu.

Hammam, yang menjadi presiden AFC sejak 2002, berkata perkara itu merupakan satu daripada agenda sebelum pemilihan konfederasi pada 2011.

"Antara perkara yang saya akan buat ialah mengekalkan tuntutan awal saya untuk mendapatkan pengiktirafan yang lebih baik dari Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Hammam yang memenangi kerusi jawatankuasa eksekutif dengan majoriti mudah 23 undi, mengalahkan saingannya Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa dari Bahrain yang mendapat 21 undi dalam pemilihan hari ini.

Terdahulu, beliau mencadangkan kepada para delegasi yang menghadiri Kongres AFC ke23 supaya menolak agenda nombor 13 dalam mesyuarat hari ini.

Agenda itu adalah usul untuk menempatkan semula ibu pejabat AFC atau lebih dikenali sebagai AFC House ke negara lain. Pada Jun tahun lepas, Hammam telah meminta kerajaan Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada konfederasi itu jika Malaysia mahu AFC House kekal di Bukit Jalil.

Antara tuntutan Hammam adalah status diplomatik bagi presiden AFC, pengecualian cukai pendapatan bagi kakitangan asing, sebuah pejabat baru dan pinjaman tanpa faedah.

Tetapi tuntutan itu ditolak oleh Menteri Belia dan Sukan pada waktu itu, Datuk Ismail Sabri Yaakob yang menegaskan bahawa Malaysia mengiktiraf AFC dengan mewujudkan bangunan AFC House di Bukit Jalil.

Ismail Sabri berkata AFC House adalah petunjuk jelas bahawa Malaysia mengiktiraf badan bola sepak Asia itu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan