suria

Hafiz, Julia Wong mara ke perlawanan aknir terbuka India

HYDERABAD: Mohd Hafiz Hashim dan Julia Wong Pei Xian mara ke perlawanan akhir Terbuka India Yonex Sunrise hari ini.

Pemain pilihan ke10 kejohanan, Mohd Hafiz yang lebih yakin dan berpengalaman menewaskan juara remaja dunia dari China, Chen Long 21-18, 19-21, 21-15 dalam perlawanan sengit di stadium Gachibowli di sini semlam.

Namun cabaran lebih sengit menunggu Mohd Hafiz esok apabila beliau bakal bertemu jaguh Indonesia, Taufik Hidayat.

"Saya memasuki gelanggang semalam rasa lebih yakin. Permainan dan kecergasan saya semakin baik dalam tiga perlawanan sebelum ini. Saya semakin selesa bermain.

"Namun permainan hari ini Taufik adalah sukar kerana permainan Taufik juga banyak meningkat," katanya kepada Bernama. LAGI SUKANTERBUKA INDIA 2 (AKHIR) HYDERABAD Bagi pemain perseorangan wanita Julia Wong, beliau turut layak ke akhir setelah menewaskan pemain Singapura, Beiwen Zhang 1921, 2113, 2115. Pemain pilihan kelima kejohanan itu akan bertemu pemain Perancis, Pi Hongyan, selaku pilihan pertama kejohanan di final. "Saya tewas di set pertama kerana saya merasa sedikit tekanan. Tetapi saya kemudiannya banyak menyerang apabila melihat Zhang melakukan kesilapan di set kedua. "Saya seterusnya berjaya memungut mata demi mata di set kedua dan ketiga," kata pemain ranking ke15 dunia itu yang muncul naib juara di Terbuka Macau pada Oktober lepas. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain