ERL-AirAsia Tawar Tambang Istimewa Ke KLIA - Niaga | mStar

ERL-AirAsia Tawar Tambang Istimewa Ke KLIA

Diterbitkan: Isnin, 25 September 2017 1:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menjalin usaha sama dengan AirAsia bagi menawarkan tambang istimewa tren KLIA Ekspres pada harga RM48 sehala dan RM88 bagi perjalanan pergi balik untuk penumpang syarikat penerbangan itu mulai 21 September.

Penumpang kini boleh menempah tiket masing-masing untuk pemindahan terpantas Kuala Lumpur menerusi laman web AirAsia, menjadikannya penyelesaian sehenti, kata ERL dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Dengan penyertaan KLIA Ekspres, penumpang AirAsia kini mudah mengurus dan merancang perjalanan mereka menerusi satu laman,,” kata Naib Presiden Kanan Pengurusan Pemasaran dan Jualan    ERL Yeow Wei-Wen.

Perjalanan antara KL Sentral dan KLIA2 hanya mengambil masa 33 minit.

Tambang Istimewa bagi kanak-kanak (dua hingga 12 tahun) KLIA Ekspres pada RM22 sehala dan RM40 bagi perjalanan pergi balik juga ditawarkan menerusi laman itu.

Ketua Komersial AirAsia Bhd, Spencer Lee berkata menerusi usaha sama baharu ini, ahli AirAsia BIG akan memperoleh 100 mata BIG ke atas pembelian setiap tiket dewasa sehala KLIA Ekspres dan 200 mata BIG untuk tiket dewasa pergi balik.

Tawaran Mata BIG AirAsia ini hanya sehingga 20 Oktober 20, 2017. Penumpang boleh membeli tiket KLIA Ekspres ini menerusi airasia.com di muka surat Manage My Booking.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: ERL , AirAsia
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan