AirAsia Umum Pemenang Peraduan Win A Nissan Almera

Diterbitkan: Rabu, 19 April 2017 11:46 AM

KATHLEEN Leong (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Win A Almeer, Teo Fui Wing yang ditemani suaminya Shak See Shyan di pusat Edaran Tan Chong Motor, Petaling Jaya pada 18 April 2014.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia BIG Loyalty mengumumkan pemenang hadiah utama kempen peraduan ''Win A Nissan Almera'' yang dianjurkan dengan sokongan rakan perbankan Malaysia dan Edaran Tan Chong Motor.

Pemenang hadiah utama, Teo Fui Wing dari Tawau, Sabah membawa pulang kereta berjenama baharu, Nissan Almera bersama-sama suaminya, Shak See Shyan di outlet Edaran Tan Chong Motor di Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam satu kenyataan hari ini, kempen itu diadakan pada saluran media sosial dan digital AirAsia BIG Loyalty sejak 20 Dis 2016 hingga 31 Jan lepas dan lebih 26,000 ahli AirAsia BIG mengambil bahagian dengan menukar lebih 22.35 juta mata AirAsia BIG daripada mata ganjaran dan kesetiaan di bank-bank mereka.

"Semasa peraduan itu, ahli AirAsia BIG perlu menukar mata bank masing-masing kepada minimum 1,000 mata AirAsia BIG dan menebus penerbangan AirAsia dalam tempoh kempen itu diadakan.

"Selain hadiah utama, ahli AirAsia BIG juga berpeluang memenangi lapan hadiah mingguan iaitu 21,000 mata AirAsia BIG dan dengan hanya 1,000 mata AirAsia BIG, ahli boleh terus menebus tiket penerbangan balik semasa Jualan Panggilan Akhir untuk ahli eksklusif bulanan AirAsia BIG Loyalty," kata kenyataan itu.

Hadiah tersebut disampaikan oleh Ketua Komersial Malaysia dan Singapura daripada AirAsia BIG Loyalty.

Tags / Kata Kunci: AirAsia , Nissan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan