MTC Akan Buka Pejabat Promosi Perdagangan Di India

Diterbitkan: Khamis, 2 Mac 2017 11:31 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Majlis Perkayuan Malaysia (MTC) merancang membuka pejabat serantau di Bangalore, India, bagi menyokong perniagaan yang semakin berkembang di negara ini.

Pengurus Promosi Pasarannya Adeline Goh berkata pejabat India, di Karnataka, merupakan pejabat keempat MTC di luar negara selepas London, Guangzhou dan Dubai.

MTC dan lima syarikat Malaysia berasaskan kayu kini mengambil bahagian pada Pameran Perindustrian DelhiWood 2017 di Greater Noida, hotel berdekatan New Delhi.

Peserta lain dari Malaysia yang mengambil bahagian pada pameran yang berlangsung dari 1 hingga 4 Mac itu ialah Perbadanan Pembangunan Perindustrian Kayu Sarawak dan Persatuan Pengeksport Kayu Malaysia (Team).

India dilihat sebagai pasaran utama yang semakin meningkat untuk industri kayu Malaysia, dengan eksport bernilai RM1.9 bilion pada 2015.

"India banyak membeli disebabkan permintaan dalam sektor pembinaan.

"Kami meneroka pasaran ini untuk meningkatkan eksport kayu dan produk siap dari Malaysia," kata ahli jawatankuasa Team Gerry Lim.

Ketua Pegawai Eksekutif MTC Datuk Dr Abdul Rahim Nik dalam satu kenyataan pada Isnin berkata sejak 2008, India menjadi antara tiga pasaran eksport utama produk kayu Malaysia.

Sehingga November 2016, Malaysia mengeksport RM1.41 bilion kayu dan produk kayu ke India.

India mengimport kayu, kayu bergergaji, perabot kayu, produk pertukangan kayu dan tanggam, partikel, papan gentian dan papan lapis.

Tags / Kata Kunci: MTC , India

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan