Cradle Fund Sasar 13 Syarikat Permulaan Di Bawah DEQ800

Diterbitkan: Isnin, 27 Februari 2017 3:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cradle Fund Sdn Bhd menyasar untuk melabur dalam 13 syarikat permulaan tahun ini melalui produk pelaburan baharu dilancarkan, 'Direct Equity 800' (DEQ800).

Naib Presiden bagi Pelaburan, Azman Hood berkata dengan saiz dana berjumlah hampir RM11 juta, Cradle akan melabur dalam 10 syarikat permulaan melalui ekuiti langsung dan memuktamadkan tiga janji niaga pelaburan bersama.

Beliau berkata, tawaran DEQ800 itu menawarkan suntikan modal antara RM300,000 dan RM800,000 kepada syarikat permulaan teknologi tempatan.

"Kami menerima peruntukan RM22 juta (daripada Kementerian Kewangan) tahun ini dengan 50 peratus untuk DEQ800. Bakinya pula diperuntukan bagi produk pendanaan geran baharu yang akan dilancarkan pada April," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran DEQ800 di sini, Isnin.

Azman berkata, DEQ800 boleh berperanan sebagai alternatif untuk merangsangkan pertumbuhan syarikat permulaan teknologi berpotensi tinggi dan mempertingkatkan ekosistem pendanaan peringkat awal di negara ini.

Tempoh pelaburan maksimum bagi setiap syarikat adalah tujuh tahun, katanya.

Tumpuan pelaburan ialah sektor perkhidmatan kewangan; pelancongan; perkhidmatan perniagaan; elektrik dan elektronik; borong dan runcit; pendidikan; penjagaan kesihatan; kandungan dan infrastruktur komunikasi; minyak, gas dan tenaga; pertanian; teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta bukan ICT.

Syarikat penerima pelaburan yang disasarkan dan berpotensi adalah syarikat permulaan dengan produk dan perkhidmatan berasaskan teknologi.

Firma berkenaan perlu beroperasi selama kurang lima tahun dan dimiliki sekurang-kurangnya 51 peratus oleh rakyat Malaysia.

Syarikat permulaan tersebut juga memiliki semua hak dan kepentingan dalam harta intelek berkaitan prototaip, produk dan/atau perkhidmatan untuk tujuan  pengkormesialan, serta dihadkan oleh saham selain perolehan keseluruhan tidak melebihi RM5 juta.

Sejak ditubuhkan pada 2003, Cradle membantu lebih 700 syarikat permulaan teknologi Malaysia dan mencatatkan kadar pengkomersialan tertinggi dalam kalangan geran kerajaan dalam negara ini.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan