Bank Rakyat Rancang Lebar Sayap Ke Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 13 Februari 2017 4:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat dijangka memperluas perkhidmatan perbankannya di Indonesia pada suku kedua tahun ini, selepas mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa, termasuk Bank Negara Malaysia.

Bank itu berkata memorandum persefahaman dengan bank terbesar di Indonesia, Bank Rakyat Indonesia (BRI) dimeterai hari ini bagi merealisasikan rancangan tersebut.

Dalam satu kenyataan media di sini, bank itu berkata jalinan kerjasama ini membolehkan kedua-dua bank menawarkan perkhidmatan transaksi kiriman wang untuk lebih 700,000 warga Indonesia yang menetap di Malaysia.

"Malaysia merupakan negara yang mencatatkan transaksi pengiriman wang terbesar ke Indonesia sehingga akhir 2016, dengan transaksi bernilai AS$1.9 bilion (RM8.42 bilion).

"Kita melihat jumlah transaksi yang besar itu merupakan faktor utama untuk Bank Rakyat meluaskan perkhidmatan perbankan ke negara tersebut," kata Ketua Pegawai Perbankan Runcit Bank Rakyat Mohd Shahril Isa.

BRI ditubuhkan pada 1895 dan mempunyai 50 juta pelanggan runcit dengan 10,612 cawangan perniagaan dan perkhidmatan di seluruh Indonesia, manakala Bank Rakyat merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan 147 cawangan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Bank Rakyat

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan